Monday, 21 September 2015

3 element system VS single element

3 element system


-Signal untuk sistem ini diterima dari 3 element boiler:-
    a) Water Flow
    b) Steam Flow
    c) Water Level

PRO
 -Takat air di dalam dandang sangat stabil
 -Control valve akan bertindak balas dengan baik
 -Walaupun terdapat steam demand yang tinggi, takat air tidak akan jatuh ke LOW LEVEL.

CON
 -Kos yang tinggi
 -Perlu Penjagaan yang lebih
 -Jika terdapat salah satu element failure, takat air akan selalu pada LOW LEVEL kerana respon dari
   CONTROL VALVE akan menjadi lambat.
 -Program pada controller berbeza mengikut manufacturer dan agak sukar untuk di setting kembali.


Single element system

-Signal diterima dari 1 element sahaja:-
    a) Water Level

PRO
 -Sistem yang mudah dijaga dan diberi perhatian
 -Kos yang rendah
 -Controller mudah untuk di setting.

CON 
 -Mudah menjadi LOW LEVEL jika steam demand tinggi secara tiba-tiba
 -Takat air dandang agak fluctuate/turun naik(mengikut steam demand)



Boleh dikatakan kini semua boiler terkini memilih menggunakan 3 element controller mungkin kerana teknologi single element sudah obselete walaupun pada pandangan peribadi agak berbeza.


Pandangan peribadi
 + Single element lebih bagus!
                                                            common single element(CHINO)
                                                         
                                                           common control valve (NELES-METSO)

                                                             Steam Flow Transmitter



                                           common 3 element controller (YOKOGAWA YS170)



 Sekian.




Water Level System untuk dandang/boiler dan deaerator


Mengandungi 2 elemen terpenting:-

    a) Water level controller
    b) MOBREY


a)Water Level Controller:
  - Signal diterima dari water level transmitter terletak pada steam drum 4-20mA.
  - Untuk menentukan takat air dalam bentuk percentage
                              yokogawa controller                                       water level transmitter

b) MOBREY
   -Menentukan takat air pada MIMIC diagram untuk takat LOW dan HIGH. Terdapat juga perbezaan
    pada sesetengah boiler di mana MOBREY hanya untuk EXTRA LOW.
  -Signal dalam bentuk 240v atau 24 V DC.



Masalah-masalah yang sering berlaku

1- Water level pada controller tidak 'TALLY' pada sight glass(actual level).
2- HIGH and LOW alarm tidak berfungsi.
3- Cut off safety system tidak berfungsi apabila EXTRA LOW LEVEL
4- Indicator pada MIMIC diagram tidak TALLY dengan sight glass atau controller.
5- Water level lambat untuk naik.
6- Water level system tidak boleh 'AUTO' mod.


Sekian.



Saturday, 22 February 2014

Apa...


apa itu boiler/dandang???


Dandang adalah satu kebuk tekanan tertutup yang mana memanaskan air atau bendalir lain. Bendalir atau wap panas akan keluar daripada dandang akan digunakan di dalam pelbagai proses atau kegunaan pemanasan
Dandang mempunyai banyak kegunaan. Ia boleh digunakan dalam kegunaan tetap seperti membekalkan haba, air panas, atau stim untuk kegunaan domestik, atau untuk penjana. Ia juga boleh digunakan dalam kegunaan bergerak seperti membekalkan stim kepada lokomotif dalam keretapi, kapal dan bot. Dandang digunakan sebagai satu cara untuk memindahkan tenaga tersimpan yang berasal daripada sumber bahan api kepada air di dalam dandang, dan akhirnya kepada pengguna terakhir.  

(wikipedia)


secara amnya terdapat dua jenis dandang:-

            a) Water tube boiler
            b) Fire tube boiler

bersambung.....




Bagaimana...


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Setelah Vickers Hoskins (M) Sdn Bhd gugur di medan perniagaan, maka kami memulakan perniagaan kami sendiri setelah didorong oleh rakan- rakan seperjuang di VHM dahulu.

Bertitik-tolak dengan pengalaman kerja kami yang dangkal, kami mula mengorak langkah mencari tapak untuk berpijak dengan menghubungi rakan-rakan kenalan dan kilang-kilang yang pernah dilawati suatu masa dahulu.




Sekian,